Nelson Mandela dipenjara 30 tahun kerja keras di lombong batu kapur sehingga kelenjar airmatanya rosak dan tidak boleh menangis lagi
Pejuang kebangsaan Afrika Selatan Nelson Mandela akan dikebumikan hari ini di kampung kediamannya di Qunu, selepas satu upacara yang akan dihadiri lebih 4,000 anggota keluarga, ahli politik dan orang kenamaan asing.

Pengebumian itu menghakhiri perkabungan selama 10 hari, yang menyaksikan ribuan warga Afrika Selatan turun ke jalan untuk meraikan kehidupan dan warisan tokoh negara tersebut. Mandela meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg pada 5 Disember lalu pada usia 95 tahun.

Berpuluh-puluh ribu rakyat Afrika Selatan dan puluhan pemimpin dunia menghadiri upacara peringatan mendiang Mandela di stadium bolasepak Soweto, Selasa lalu. Jenazah Mandela ditempatkan di ibu negara tersebut, Pretoria selama tiga hari sebelum diterbangkan ke Qunu, semalam, untuk pengebumian.

Penerima hadiah keamanan Nobel itu akan dikebumikan mengikut adat istiadat masyarakat Khosa. Agensi DPA


Post a Comment

 
Top