Foto



"Jangan menangis, kita kena kuat dan terima ini semua sebagai takdir. Lepaskan mama pergi... kena reda". Begitulah kata kata yang diluahkan Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, suami seniwati filem Melayu, Azean Irdawaty, 63, kepada anak anak sebaik pelakon itu menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, malam kelmarin.


Pada saat hening itu, tiada tangisan kedengaran, hanya sebak dan helah nafas yang tersekat-sekat menyelubungi diri anggota keluarga Azean terutama tiga anaknya iaitu Khaeryll Benjamin atau Benjy, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. Hanya air mata yang tidak dapat dibendung mengalir di pipi mereka.

Tidak mampu menangis, sebaliknya ketabahan mereka tergambar pada wajah. Umpama merelakan pemergian isteri tercinta, Khairil Anwar kelihatan tenang menerima hakikat itu dengan tabah.


Persis superwoman Kekuatan dan kecekalan Azean Irdawaty melawan kanser yang dihidapinya selama enam tahun, seperti meresap dalam diri anak-anak dan Khairil. Kekuatan itu jugalah yang dilihat dalam diri empat beranak itu ketika jenazah Azean diusung ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Petaling Jaya, untuk dikebumikan, semalam.



Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Post a Comment

 
Top