Seramai 152 kanak-kanak dan remaja serta 40 kru penggambaran iklan sebuah syarikat berjaya diturunkan kira-kira 7.25 malam ini selepas mereka terperangkap beberapa jam berikutan hujan lebat di puncak Bukit Broga, Semenyih.

Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih Khairul Anuar Yaacob berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 3.15 petang tadi sebelum 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dan Kajang dikejarkan ke tempat kejadian.

"Difahamkan, mereka naik ke bukit itu pada 5 pagi tadi untuk menjalani penggambaran iklan minuman dan gagal untuk turun ke kaki bukit berikutan hujan lebat petang tadi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Katanya kesemua mangsa diturunkan secara berperingkat bermula dengan kanak-kanak dan remaja. - Bernama

Post a Comment

 
Top